Saturday, June 28, 2014

Kualiti dan Ramadhan kita

Bismillahirrahmaanirrahim...

Ramadhan telah pun menjelang dan bermulalah episod baru dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.

Tiap kali bulan Ramadhan, antara perkara yang paling seronok buat kanak-kanak adalah mungkin apabila tiba saat untuk berbuka puasa dan menjamah juadah yang disukai.

atau mungkin juga keseronokan memecahkan belon pada waktu tengah hari dan berbuka dengan gula-gula dalam belon yang dipecahkan . 

Comel.

Namun, untuk seorang yang telah dewasa, mungkin yang paling seronok adalah ketika sekeluarga bersama-sama bersolat tarawikh dan mungkin juga beriktikaf bersama-sama yang tersayang di masjid-masjid terpilih.

...........................

Namun, bukanlah keseronokan itu yang dikejar-kejar. 

Bukan juga makanan yang sedap-sedap itu jadi topik kita.

Tapi sejauh mana amal kita, sejauh mana tiap detik masa kita dipergunakan untuk mengingatNya

dan juga sejauh mana Ramadhan planning tahunan kita berjaya.

menjadi abid yang sebenar-benar.

Saat menginjak umur 23 tahun ini, makin banyak perkara perlu difikirkan.

makin banyak perkara perlu dipelajari sebagai seorang pendidik. 

saya, dari kecil lagi telah dididik untuk menjadi seorang guru.

entah.

mak memang gemar melihat anak-anak perempuannya jadi seorang guru.

Katanya mudah.

Banyak masa di rumah.

Benarkah?

tapi bagi saya, menjadi seorang guru punya lebih banyak tanggungjawab. 

Terkadang meletihkan.

Juga menjemukan.

........................................

Tetapi apabila difikirkan, kualiti tiap kerja itu yang perlu diambil kira dan dimuhasabahkan oleh tiap dari kita. 

Berbalik kepada kata-kata Deming, the quality is the most important.

its just that, 

HOW YOU DO SOMETHING IS HOW YOU DO EVERYTHING.

Andai sesuatu perkara kita ambil secara lewa, buat secara main-main, 

Sebenarnya semua perkara pun kita buat sambil lewa.

Lalu apa pengajarannya?

Serius dan bersungguhlah dalam tiap kerja yang dilakukan, kerna itu juga mencerminkan bagaimana kita melakukan kerja-kerja yang lainnya. 

moga kita beramal, moga kita mencapai redhanya! 

salam ramadhan daripada osem home tutors.